Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 27 April 2021 16:23

KURSUS PENGURUSAN STOR DAN ASET ALIH

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

26 April 2021 (Isnin) - Bertempat di Auditorium, IKBN Peretak telah diadakan Kursus Pengurusan Stor dan Aset Alih pada 26 dan 27 April 2021 yang di anjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. Kursus ini dihadiri oleh 53 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Stor, Pegawai Penerima Stor,  Pelulus Stor, Pegawai Verifikasi Stor, Pegawai Aset, Pegawai Pegawai Penerima Aset, Pegawai Pemeriksaan Aset dan Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset Alih Dan Stok. Kursus ini  bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta berkenaan tatacara pengurusan Stor dan aset alih yang betul dengan mengaplikasikan aspek penting selaras dengan 1PP dan  peraturan semasa serta mengenalpasti punca-punca berlaku ketidakakuran.

 

Kursus ini disampaikan oleh dua orang penceramah dari Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam iaitu Puan Hidayah binti Hamid dan Puan Kamisah binti Idris.

 

Semoga semua peserta dapat mengaplikasikan amalan pengurusan stor dan aset alih yang baik melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan.

 

Disediakan oleh: puan Siti Noor Salina Binti Saad

Read 3148 times