Print this page
Selasa, 06 September 2016 01:33

PROGRAM FIT MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN KUALA LANGAT, 4 SEPTEMBER 2016 – Program Fit Malaysia anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berlangsung di Dataran Padang Dataran Rembau, Negeri Sembilan telah menarik penyertaan seramai lebih daripada 15,000 orang. Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Kerajaan Negeri Sembilan ini dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Turut hadir bersama adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin, Pemimpin-Pemimpin, Ketua-Ketua Kerajaan Persekutuan, Negeri serta Daerah. 

   Pelajar IKBN Kuala Langat juga turut terlibat dalam program pada hari tersebut. Seramai 6 orang pelajar Jurusan Terapi Sukan dan 1 orang Pengajar telah menganjurkan beberapa aktiviti dan pameran berkaitan Terapi Sukan sempena hari tersebut. Antara aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan oleh pelajar IKBN Kuala Langat adalah Sport Massage. Tapak pameran ini juga telah menerima kunjungan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan Sport Massage.

 

Berita oleh: Ida Shahiza Binti Saharom (IKBN Kuala Langat)

Disunting oleh: Portal Admin IKBN Kuala Langat

 

 

 

Read 6880 times Last modified on Selasa, 22 November 2016 09:14
Find us on Facebook
Follow Us