Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 28 April 2021 10:41

BUFFET RAMADAN DI THE GLASS, IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(1 Vote)
22 April 2021 (Khamis) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak melalui Jabatan Hospitaliti telah berjaya menganjurkan program Buffet Ramadan di bawah projek Job Order Akaun Amanah Latihan Khas.
 
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara IKBN Peretak dan masyarakat setempat di samping dapat mempromosikan perkhidmatan yg terdapat di dalam IKBN Peretak.
 
Sambutan juga amat menggalakkan dari pelbagai lapisan masyarakat dimana semua tempahan utk 2 program yg akan diadakan pd 27 April & 01 Mei 2021 juga telah penuh.
 
Istimewanya program Buffet Ramadan yang julung kali diadakan ini ialah dengan harga istimewa RM30.00, pengunjung dapat menikmati lebih daripada 20 jenis menu yang dihidangkan. Semua menu ini merupakan hasil air tangan pengajar dan pelajar dari Jabatan Hospitaliti sendiri.
 
Dengan sokongan yang memberansangkan dari semua pihak, diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Read 2616 times