Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 28 April 2021 10:53

PROGRAM KERJASAMA IKBN PERETAK & NSK HOLDINGS SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)
23 April 2021 (Jumaat) - IKBN Peretak telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama wakil NSK Holdings Sdn. Bhd. berkenaan hasrat kerjasama dalam melahirkan usahawan belia.
Dalam merealisasikan hasrat tersebut, kedua-dua pihak bersetuju supaya satu bentuk kerjasama awal dibuat dengan menyediakan produk keluaran IKBN Peretak untuk dipasarkan di salah sebuah bakeri di cawangan NSK Rawang Jaya. Sehubungan itu, Jabatan Hospitaliti IKBN Peretak telah menghantar sebanyak 250 balang biskut terdiri daripada biskut tat nenas, cornflakes crunchy dan coklat badam untuk dipasarkan di cawangan tersebut.
 
Semoga produk keluaran IKBN Peretak ini mendapat sambutan masyarakat setempat. Pihak IKBN Peretak turut berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Michael Tong, Public Relation Executive NSK Holding Sdn. Bhd. atas semangat kerjasama dan idea yang dicadangkan dalam menjayakan program ini dan membantu dalam pemasaran produk IKBN Peretak.
Read 2674 times