Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 29 April 2021 15:10

KURSUS MOTOR STARTER SCHEMATIC DIAGRAM DESIGN FOR HVAC

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Naka - 27 April 2021 Kursus dalam talian bertajuk Motor Starter Schematic Diagram Design For HVAC telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Teknologi Elektrik,IKBN Naka yang dihadiri oleh 26 orang tenaga pengajar bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara serta turut dihadiri oleh tenaga pengajar bidang penjaga jentera elektrik yang mewakili 5 buah ILKBS. Kursus ini dihoskan oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu En. Mohd Hafis bin Harun yang berkongsi pengetahuan berkaitan pemula motor elektrik dalam skop bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara.

Kursus ini mensasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pemilihan pemula unit penyaman udara, memahami simbol yang digunakan dalam litar skematik pemula dan perincian berkaitan litar kuasa dan kawalan pemula. Diharapkan perkongsian ilmu dalam talian ini dapat dibudayakan secara berterusan agar ia menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pengalaman yang strategik dalam meningkatkan kompetensi tenaga pengajar ILKBS.

 

 

Read 1805 times Last modified on Khamis, 29 April 2021 15:20
More in this category: « HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN