Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 06 September 2016 18:31

KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 6 SEPTEMBER 2016 - Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2016 Negeri Perak bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2016, telah diadakan kembara merdeka dari Jabatan Penerangan Negeri Perak dengan kerjasama dari Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar pada 5 September 2016 jam 9.00 pagi.

Konvoi merdeka ini disertai 60 buah motosikal daripada para pelajar Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar termasuk 2 buah motosikal berkuasa tinggi dan agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan Polis Diraja Malaysia yang bermula daripada Sekolah Menengah Vokasional Seri Iskandar pada jam 8.00 pagi ini. Konvoi merdeka ini meliputi sekitar kawasan perak tengah yang diwakili oleh pegawai dari Jabatan Penerangan Negeri Perak disamping mengagihkan Bendera Jalur Gemilang di pusat komuniti dan pusat tumpuan orang ramai yang telah diatur oleh jawatankuasa penganjur termasuk Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar.

Institut diwakili oleh En. Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar bersama para kakitangan dan pelajar menyambut kehadiran peserta konvoi tersebut di pintu utama. Kembara merdeka ini juga adalah bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2016 ini di samping untuk meningkatkan kecintaan terhadap negara dan mengeratkan hubungan antara kaum. 

 

 

Read 7055 times Last modified on Khamis, 08 September 2016 19:49
 
Find us on Facebook
Follow Us