Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 13 April 2021 09:17

MAJLIS ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG TAHUN 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 APRIL 2021 – Majlis ini telah berlangsung pada 12 April 2021 bertempat di Hotel Tenara, Bangi Selangor peringkat Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia. Ianya disempurnakan selaras dengan saranan Kerajaan agar semua SOP dalam tempoh PKPP ini dipatuhi.


Pada tahun ini seramai 4 orang pegawai dan kakitangan Institut kemahiran Belia Negara Seri Iskandar  telah menerima APC secara atas talian di Bilik Mesyuarat Utama yang dihadiri oleh Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama penerima APC iaitu Encik Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Pengurusan Latihan, Puan Siti Azira Binti Samsudin, Pengajar Jabatan Kejuruteraan Teknologi Elektrik Elektronik, Puan Noraini Binti Shafee, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan dan Encik Azizul Bin Mansor, Cawangan Pembangunan Fasiliti Aset.

Pematuhan seperti penjarakan sosial serta amalan memakai penutup hidung dan mulut masih diteruskan sepertimana arahan pihak Pengurusan Tertinggi IKBN Seri Iskandar.

Menyingkap asas pelaksanaan APC untuk perkhidmatan awam, ianya dilaksanakan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012 – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Merujuk kepada pekeliling tersebut, pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada penerima APC tahun 2020.

Read 1739 times