Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 September 2016 19:57

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN BERSAMA SYARIKAT SAMTECH PC SALES & SERVICES

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 7 SEPTEMBER 2016 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar dengan Syarikat Samtech PC Sales & Services telah diadakan pada 7 September 2016 bertempat di Syarikat Samtech PC Sales & Services, Bandar Seri Iskandar, Perak. Syarikat Samtech PC Sales & Services adalah merupakan sebuah syarikat perkhidmatan membaikpulih dan menjual komputer, pemasangan rangkaian dan produk multimedia.

Perjanjian persefahaman di antara IKBN Seri Iskandar dan Syarikat Samtech PC Sales & Services yang pertama kali ditandatangani adalah bertujuan untuk mengadakan kerjasama dalam meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan daripada latihan industri atau on-job training (OJT) pelajar. Selain itu juga, pelajar ini dijangka mendapat manfaat pengalaman On-Job Training (OJT) yang menyumbang secara langsung kepada peningkatan kemahiran dan peluang memperoleh pekerjaan tetap sepenuh masa. Manakal syarikat pula dijangka mendapat menfaat saluran tenaga kerja mahir sama ada secara on-job tranining (OJT) atau tetap sepenuh masa yang dijamin berkualiti.

Turut hadir sama Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar wakil institut bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan En. Muhamad Bin Ibrahim, Cawangan Hubungan Industri dan En. Ismail bin Man wakil Syarikat Samtech PC Sales & Services.

Read 7653 times Last modified on Khamis, 08 September 2016 22:26
 
Find us on Facebook
Follow Us