Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 23 April 2021 09:36

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2021 DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 22 April 2021 - Penularan kes wabak Covid-19 ketika ini tidak menjadi penghalang kepada kejayaan Program Jom Bersama Untuk Membaca 10 Minit 2021  yang telah diadakan secara serentak di seluruh negara.


Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2021 yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, IKBN Seri Iskandar merupakan pertama kali diadakan di jabatan ini dan telah berjaya menarik minat seluruh warga IKBN Seri Iskandar untuk menyertai program tersebut.

Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak, En. Md Isa bin Ibrahim berkata Program Jom Baca seumpama ini telah memberikan impak  yang positif kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenai kepentingan membudayakan amalan membaca di dalam kehidupan.

Menurut beliau lagi, “Program ini perlu diteruskan di jabatan ini kerana mampu menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu terhadap masyarakat umum pada masa kini. Program ini juga amat menarik dan unik kerana ketika seluruh dunia  masih berhadapan dengan penularan wabak Covid- 19, namun program ini masih tetap dapat dijayakan secara serentak di seluruh Malaysia bersempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia,” katanya ketika di dalam ucapan di akhir program tersebut.

Menceritakan perjalanan aktiviti yang akan diadakan, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKBN Seri Iskandar, Puan Noor Azriyantie binti Mohd Azhar berkata, pelbagai aktiviti yang akan diadakan bersempena Program Jom Baca 2021@ IKBNSI. Seluruh warga IKBN Seri Iskandar  akan dijemput untuk menyertai aktiviti – aktiviti yang akan diadakan bermula pada 22 April 2021 sehingga 7 Mei 2021. Pelbagai hadiah yang menarik turut disediakan.

Read 1688 times