Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 04 May 2021 09:59

LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 29 MAC 2021 – Timbalan Menteri, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayshal Bin Wan Ahmad Kamal hari ini memulakan lawatan kerja sulungnya ke Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak pada 29 Mac 2021 jam 10.00 pagi di Dewan Dato Maharajalela.


Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Encik Mohd Igbal Bin Mohd Nor, Yang Berhormat Exco Belia Dan Sukan Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak, Encik Mohd Amin Bin Abd. Hadi, Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim, Pengarah, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Encik Mohd Saufi Bin Ibrahim, Agensi-Agensi Kerajaan sekitar Perak Tengah, kakitangan dan para pelajar memenuhi ruang dewan.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengarah, IKBN Seri Iskandar, Encik Md. Isa Bin Ibrahim dan disusuli dengan ucapan Yang Berhormat Senator Wan Ahmad Fayshal Bin Wan Ahmad Kamal yang menekankan pembelajaran dan penguasaan teknologi baru 4.0 untuk memenuhi pasaran industri dan sekaligus merasmikan gimik perasmian dengan menanam pokok dan tandatangan pada plak.

Di samping itu juga, beliau mengadakan sesi dialog bersama para hadirin yang hadir pada majlis ini dan kakitangan serta para pelajar mengambil peluang ini untuk  mengajukan beberapa persoalan. Beliau juga telah dibawa melawat ke tapak pameran setiap jurusan di mana mempamerkan projek inovasi yang dihasilkan oleh para pelajar dan pengajar yang telah memenangi anugerah dalam pertandingan inovasi.

Beliau juga berkesempatan melawat tapak kebuniti yang menghasilkan beberapa tanaman terutamanya sayur-sayuran seperti cili, sawi dan bayam. Projek kebuniti ini adalah di bawah selian Cawangan Pengurusan Pelajar dan dibantu para pelajar di mana tanaman ini menggunakan bekas khas. Lebih kurang 200 bekas yang terdapat di kebuniti ini dengan pelbagai hasil tanaman.

Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi dengan sesi bergambar bersama para hadirin yang hadir di tapak projek kebuniti.

Read 1658 times