Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 10 May 2021 18:06

KURSUS ONLINE JALINAN RAMBUT KANAK-KANAK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Written by
Rate this item
(0 votes)

10 Mei 2021 (Isnin) - Bertempat di Bilik Perbincangan IKBN Peretak telah diadakan Kursus online Jalinan Rambut Kanak-kanak Sempena Hari Raya Aidilfitri yang di anjurkan oleh Jabatan Personal melalui aplikasi Google Meet pada 10 Mei 2021 bermula jam 9.00 pagi - 11.00 pagi. Kursus online ini telah disertai oleh 53 orang peserta dari pelbagai agensi dari KBS seperti pengajar ILKBS, JBSN dan lain-lain.

Kursus ini disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Personal IKBN Peretak iaitu Hafizah Binti Rumli. Peserta juga menerima nota kursus jalinan dan sijil penyertaan dalam bentuk digital telah diberikan selepas tamat kursus melalui email.

 

Semoga peserta dapat mempraktikkan kaedah jalinan rambut ini melalui perkongsian ilmu yang diberikan serta dapat memberi manfaat kepada semua peserta.

Read 2383 times