Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 18 June 2021 15:18

ORGANIZATIONAL TRANSFORMATION OF NEW TECHNOLOGY ON ENHANCING QUALITY OF HUMAN CAPITAL FOR PANDEMIC ERA

Written by
Rate this item
(0 votes)
 
21 Mei 2021 (Jumaat) – Kursus Pembangunan Kemahiran Dan Latihan Semula Tenaga Pengajar TVET ILKBS 2021 telah berlangsung selama 4 hari bermula dari 18 hingga 21 Mei 2021. Kursus ini telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Zoom Meeting dimana telah melibatkan seramai 11 tenaga pengajar ILKBS dalam bidang Penyediaan Makanan.
 
Tajuk Kursus pada kali ini adalah Organizational Transformation Of New Technology On Enhancing Quality Of Human Capital For Pandemic Era.
 
Kursus ini menerangkan bagaimana survival graduan hospitaliti semasa pandemik era covid19 mencari peluang dan ruang pekerjaan dengan menggunakan platform yang sedia ada, kursus jangka masa pendek yang boleh diceburi, kemahiran secara cross skill yang boleh melibatkan diri pelajar secara langsung melalui program dan kerjasama institusi lain, cabaran kita sebagai tenaga pengajar di era pandemik ini didalam pembelajaran atas talian, human capital process yang sesuai digunapakai dalam keadaan era ini dan berkongsi platform yang sesuai kepada pelajar tentang hala tuju mencari pekerjaan yang boleh di cuba dengan senario yang berlaku sekarang.
 
Terima kasih kepada IKTBN Alor Gajah sebagai penganjur kursus ini, dimana sangat membantu pengajar dan juga pelajar dalam keadaan pandemik yang berlaku sekarang ini.
 
Semoga ilmu yang diberikan ini dapat kita dikongsikan bersama pelajar dan pengajar yang lain.
 
Laporan :
Norshazila Mohamed Rahman
Harmayah Argadan
Pengajar Bidang Penyediaan Makanan
Read 2465 times Last modified on Jumaat, 18 June 2021 15:31