Webinar ini dikendalikan oleh Puan Umaimah Binti Husni, Timbalan Pengarah Akademi Kemahiran Belia Golf selaku Moderator Webinar. Manakala tiga (3) Panel jemputan bagi webinar ini adalah Ir. Ts. Dr Aziyati Binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia Kemanterian Belia dan Sukan, Dr. Muhammad Adidinizar Bin Zia Ahmad Kusairee, Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara Cawangan Perak dan Dato Sri Anas Bin Abdullah, Pereka Fesyen Founder Anas Abdullah Kuala Lumpur.
Kupasan terhadap tajuk oleh ketiga-tiga panel amat baik dan menjurus kepada bidang TVET yang menjadi pemacu utama tenaga mahir negara. Selain itu kupasan ini mendapat perhatian ramai penonton.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, jumlah tontotan melebihi 1900 orang penonton, disukai 244 orang penonton dan 184 orang yang telah berkongsi webinar ini yang kebanyakannya daripada penuntut dan pengajar ILKBS serta komuniti luar.
Semoga semua yang menonton mendapat ilmu perkongsian yang berharga dan baik untuk dijadikan panduan dalam peningkatan kerjaya sebagai pekerja TVET yang berkreativiti di masa hadapan.
Disediakan : JK TVET Webinar, Career Fest ILKBS Zon Tengah 2021