Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 22 July 2021 15:17

SEMINAR KERJAYA - CARER FEST ILKBS ZON TENGAH 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kuala Kubu Bharu,1 Julai 2021 (Khamis) - Seminar Kerjaya Penyerlahan Potensi Anak Muda ‘Profesionalisme Kerjaya TVET’ telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Zoom Meeting dan juga FBLive (Facebook IKBN Peretak).

Seminar ini mendapat kerjasama dari pihak i-Lead di mana ucaptama telah di sampaikan oleh Ketua Pengarah Institut Pembangunan Dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD). Melalui kupasan ucaptama dari Ketua Pengarah, program sebegini merupakan platform bagi menyediakan peluang pekerjaan dan info-info kepada belia terhadap laluan kerjaya kepada belia.

Penyertaan peserta adalah seramai 272 orang yang terdiri daripada tahun akhir pelajar ILKBS Zon Tengah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Kolej Komuniti dan Sekolah Menengah di Daerah Hulu Selangor. Seminar ini bertujuan untuk memberikan input, ilmu dan maklumat berkenaan Jati Diri belia yang perlu ada bagi menghadapi alam pekerjaan dan juga peluang yang ada kepada belia dalam kerjaya di samping dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap hala tuju pengajian pada masa hadapan.

Seminar Kerjaya ini telah dikendalikan oleh Kluster Kerjaya, iLead telah menjemput Cik Hazulia Arni Binti Abdul Hadi sebagai moderator manakala En. Sathish Kumar Batumelai, Pengurus Jualan Archer sebagai panel jemputan. Hasil dari seminar ini peserta dapat input, maklumat dan ilmu yang sangat berguna selepas ini kerana mereka terdiri daripada tahun akhir akan menempuh alam pekerjaan yang sangat mencabar akan datang.

Disediakan oleh : JK Seminar Kerjaya , Career Fest ILKBS Zon Tengah 2021

Read 3467 times