Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 22 July 2021 15:21

SESI TEMUDUGA SECARA ATAS TALIAN PROGRAM CAREER FEST ILKBS ZON TENGAH 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

1 Julai 2021 (Khamis) - IKBN Peretak, Kuala Kubu Bharu. Sesi temuduga bagi program ini telah di sertai oleh empat syarikat dari pihak industri iaitu syarikat DCCU Group, MOHA Group, HERO Hypermarket dan Top Glove Berhad.

Objektif sesi temuduga ini diadakan adalah sebagai platform untuk menjalankan proses job matching diantara calon-calon yang ditemuduga bersama pihak industri bagi mendapatkan tempat dan pekerjaan dalam industri. Sesi temuduga ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik Covid-19 bagi membantu mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sebanyak 54 jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak industri bagi temuduga kali ini. Seramai 119 calon yang memohon jawatan ini dan 69 calon daripadanya berjaya bagi tapisan pertama.

Tahniah kepada calon yang terpilih untuk temuduga kali ini dan pihak ILKBS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak industri dan calon yang memohon bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh : JK Sesi Temuduga, Career Fest ILKBS Zon Tengah 2021.

Read 3852 times