Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 22 July 2021 15:23

PROGRAM DIALOG BERSAMA INDUSTRI, CAREER FEST ILKBS ZON TENGAH 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

1 Julai 2021 (Khamis) Kuala Kubu Bharu- Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak melalui slot program Majis Dialog Bersama Industri sempena program Career Fest 2021 – Peringkat Zon Tengah telah diadakan, melibatkan penyertaan 5 ILKBS Zon Tengah iaitu IKBN Peretak selaku tuan rumah, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Sepang, IKBN Kuala Langat dan AKBG. Bagi program kali ini melibatkan 14 penyertaan wakil industri dan syarikat yang berdialog bagi mencapai kesepakatan dalam merangka kebolehpasaran pelajar lepasan ILKBS. Program dijalankan adalah secara maya menggunakan aplikasi Zoom Meeting pada jam 2.00 petang - 4.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Hadir bersama adalah Tuan Mohd Iqbal bin Mohd Noor Pengarah Kemahiran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan, Ir. Dr. Aziyati bt Yusoff Pengarah Cawangan Kerjasama Strategik dan Kreatif Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) Kementerian Belia dan Sukan, wakil Pengarah-Pengarah ILKBS Zon Tengah, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL), Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (TPHEP) dan Ketua-Ketua unit Cawangan Hubungan Industri (CHI) seterusnya wakil-wakil syarikat dan industri yang menjalankan kerjasama melalui pebagai program bersama ILKBS Zon Tengah.

Tajuk yang dibincangkan semasa sesi dialog adalah Transformasi TVET ILKBS untuk Nilai Pasaran di Industri. Sesi dialog pada kali ini telah dikendalikan oleh Puan Siti Muhariah binti Untong, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) IKBN Peretak selaku moderator yang menyelaras siaran langsung dari 5 ILKBS serta penyertaan industri di tempat masing-masing. Sesi tersebut telah membincangkan isu dan cadangan-cadangan daripada pihak industri berkenaan bagi menjamin kualiti graduan lepasan ILKBS ke industri kelak.

Disediakan oleh : JK Majlis Dialog Bersama Industri, Career Fest ILKBS Zon Tengah 2021

Read 2969 times