Majlis penutupan ini adalah rangkuman bagi 4 program lain sempena Career Fest Zon Tengah 2021 yang turut dilaksanakan pada hari ini iaitu TVET Webinar, Seminar Kerjaya, Sesi Temuduga dan Majlis Dialog Bersama Industri. Semuanya dilakukan sepenuhnya secara dalam talian yang menggunakan platform media sosial facebook dan aplikasi Zoom Meeting.
Di dalam ucapan tersebut, beliau mengharapkan belia-belia diluar sana menguasai gig ekonomi sebagai menambah pendapatan bagi kelangsungan kehidupan yang penuh mencabar di era pendemik Covid-19. Selain itu beliau mengharapkan pelajar-pelajar lepasan ILKBS mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 yang semakin mencabar, semuanya menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Turut memberi ucapan aluan semasa majlis penutupan adalah Pengarah Kemahiran iaitu Tn Mohd Iqbal bin Mohd Noor. Didalam ucapan, beliau mengharapkan kerjasama erat bersama industri dalam kebolehpasaran pelajar lepasan ILKBS.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang program Career Fest ILKBS Zon Tengah 2021 ini berlangsung.
Disediakan oleh : Urusetia, Career Fest ILKBS Zon Tengah 2021