Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

KURSUS ATAS TALIAN MICROSOFT EXCEL 2013: INTERMEDIATE COURSE

IKBN Peretak – 13 Julai 2021 (Selasa) – Kursus Atas Talian Microsoft Excel 2013 – Peringkat Pertengahan telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU) menggunakan platform Google Classroom.

Seramai 33 orang peserta telah menyertai kursus tersebut yang terdiri di kalangan pegawai dan kakitangan IKBN Peretak. Kursus ini dapat memperbaiki mutu kerja dalam penyediaan dokumen yang lebih efektif dan berkesan di samping mengaplikasikannya sejajar dengan revolusi IR 4.0. Para peserta juga diuji dengan 25 soalan melalui platform Quizzi sebagai penilaian terakhir dan menerima sijil digital sebagai penyertaan mereka dalam kursus ini.

Semoga semua peserta dapat mempraktikkan kemahiran Microsoft Excel yang dipelajari dalam urusan tugas melalui perkongsian ilmu yang diberikan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus ini dengan jayanya.

Disediakan oleh: Pn.Gokillavhani Sathiaseelan

Disemak oleh: Pn. Rohaya Binti Mamat