Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 07 September 2021 06:38

PELAKSANAAN MINGGU PARADIGMA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) KINARUT BAGI SESI PENGAMBILAN PELAJAR P37 SESI 2/2021 SECARA ATAS TALIAN

Written by

 

KINARUT, 27 OGOS 2021 – IKBN Kinarut, Sabah buat julung kalinya telah melaksanakan Minggu Paradigma bagi sesi pengambilan pelajar P37 Sesi 2/ 2021 secara atas talian bermula pada 23 Ogos hingga 27 Ogos 2021. Institut ini melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IKBN Kinarut telah melaksanakan Minggu Paradigma menggunakan Google Meet sebagai medium utama penyampaian maklumat kepada 125 orang pelajar baharu sesi 2/ 2021.

 

 

Pengisian sepanjang program adalah melibatkan sesi taklimat berkaitan IKBN Kinarut dan jenis kursus yang dilaksanakan di Institut ini. Selain itu, ia juga meliputi komponen penting seperti kepimpinan dan jati diri, perkongsian maklumat oleh pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Majlis Perwakilan Pelajar dan peraturan tatatertib pelajar, pengurusan latihan. Pihak Institut turut menjemput agensi luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan yang berkongsi mengenai bahaya pengambilan bahan terlarang dan perkongsian berkaitan Reproduktif Manusia oleh Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

 

 

Majlis perasmian penutup Minggu Paradigma sesi 2/2021 secara atas talian telah dilaksanakan pada 27 Ogos 2021 yang disempurnakan oleh Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut. Pada akhir sesi, satu majlis penyerahan pelajar baharu sesi 2/ 2021 kepada semua Ketua Jabatan mengikut bidang Encik Mohd Yasser Ayob, Ketua Jabatan Elektrik, Encik Amad Bin Acho, Ketua Jabatan Awam dan Encik Mohammad Sophian Kandar, Ketua Jabatan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

 

 

Majlis turut dihadiri oleh Encik Ahmad Rithaudin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Puan Queenelisi Binti Ligadu (Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar) , urusetia di bahagian Hal Ehwal Pelajar dan warga IKBN Kinarut.

Last modified on Isnin, 06 September 2021 22:00