Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 August 2021 11:00

LAPOR DIRI PELAJAR SEMESTER AKHIR

Written by
Rate this item
(0 votes)

25 Julai 2021 (Ahad), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima kemasukan pelajar semester akhir iaitu seramai 48 orang yang akan mengharungi baki semester akhir yang tertangguh akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mei yang lalu.

Pelajar yang terlibat adalah dari jurusan Diploma Teknologi Fesyen (DTF), Jahitan Pakaian Wanita (JPW) dan Penyediaan Roti (Roti) telah selamat melapor diri secara kaedah pandu lalu mengikut SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Seramai 12 orang urusetia melibatkan pelbagai bahagian dan jabatan telah membantu kelancaran proses pendaftaran ini.

Proses pendaftaran kali ini begitu mencabar kerana kes covid-19 semakin meningkat diseluruh negara. Walaubagaimanapun pihak IKBN Peretak telah bersiap sedia dengan pelaksanaan SOP yang baik dalam mengekang wabak ini menular di dalam Institut.

Read 3118 times