Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 August 2021 12:03

PROGRAM PENDIDIKAN PENGUNDI

Written by
Rate this item
(0 votes)

28 Julai 2021 (Rabu), Kuala Kubu Bharu, Selangor, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak dengan kerjasama Akademi Pilihanraya (APR) Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menganjurkan Program Pendidikan Pengundi kepada warga IKBN Peretak melibatkan para pelajar dan kakitangan.

Program selama 2 jam ini dipaparkan melalui saluran Youtube APR telah mencapai objektif untuk memberikan ilmu berkaitan sistem pilihanraya dan proses pengundian yang di amalkan di Malaysia kepada semua warga IKBN Peretak.

Penceramah pada kali ini adalah YM Raja Saera bt Dato' Raja Musa dari APR dan dibantu oleh Encik Shahdan bin Zainal selaku moderator.

Penglibatkan para pelajar amat baik dalam memberikan maklum balas kepada sesi soal jawab dan diskusi. Semoga peluang sebegini dapat dianjurkan pada masa depan bagi meningkatkan pemahaman kepada sistem pilihan raya di Malaysia.

Read 3305 times