Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 03 August 2021 12:05

PROGRAM SEMINAR DAN MOTIVASI KERJAYA SESI 2.2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

30 Julai 2021 – Jumaat, IKBN Peretak, Unit Kerjaya Dan Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melaksanakan Program Seminar Kerjaya kepada 48 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Kursus Jahitan Pakaian Wanita Semester 4, Kursus Penyediaan Roti Semester 3 dan Diploma Rekaan Fesyen Semester 7 yang akan tamat pembelajaran di IKBN Peretak pada penghujung Oktober 2021. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran belajar yang tinggi, menanam kesedaran diri, menyuntik semangat dan keyakinan diri yang dibuat secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Program wajib tahunan ini dibuat secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (Fasa Pelan Pemulihan Negara) di seluruh Negeri Selangor.

Ceramah yang berlangsung selama empat jam ini telah disampaikan oleh Encik Wan Izhar Bin Abu Bakar, Pengurus Ods Studio Communications Sdn Bhd. dan Puan Putri Asfaradeba Binti Ahmad, Pengurus Smart Charisma yang memberikan ceramah motivasi dan keusahawanan kepada semua pelajar yang terlibat. Penceramah juga merupakan bekas pelajar Peretak dan Alumni yang aktif membantu membangunkan jaringan kerjasama dua hala bersama IKBN. Adalah diharapkan kerjasama ini berterusan dan dapat manfaat dari semua pihak khasnya para pelajar IKBN.

Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dalam mengatur masa depan dan menjadikan para pelajar lebih berkeyakinan dan berketrampilan dalam pembinaan karier masa hadapan.

Disediakan oleh : Puan Fazila Binti Ramli

Disunting oleh : Puan Azini Binti Ismail

Read 3001 times