Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 09 August 2021 16:14

TEACHING APPROACHES IN 21ST CENTURY USING IR 4.0

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak – 5 Ogos 2021 (Khamis) – Kursus Atas Talian “Teaching Approaches In 21st Century Using IR 4.0” telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU) dengan kerjasama CPKK IKBN Peretak menggunakan platform Google Meet.

Seramai 59 orang peserta  telah menyertai kursus tersebut yang terdiri di kalangan pegawai DG, S, DV dan MySTEP dari 22 ILKBS SeMalaysia. Kursus ini dapat memberi pengetahuan dan kefahaman kepada tenaga pengajar menggunakan aplikasi teknologi dalam pengajaran & pembelajaran (PdP) seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Selain itu, tenaga pengajar juga dapat belajar dan meneroka aplikasi yang baru seperti Loom, Mentimeter, Padlet, Flipped Classroon, EdPuzzle dan lain–lain lagi untuk diaplikasikan pada proses pengajaran kepada pelajar.

Tenaga pengajar juga menerima sijil digital sebagai penyertaan mereka dalam kursus ini. Kursus selama 3 hari ini bermula Selasa (3 Ogos 2021) sehingga Khamis (5 Ogos 2021) telah dibimbing oleh Ts Dr. Nurul Aini Binti Mohd Ahyan dan Ts Dr. Nur Hazirah Binti Noh@Seth dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri Binti Md Sharif. Turut hadir, Pn. Siti Hasmah Binti Mustaffa; Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Teknikal dan Kualiti, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Pn. Siti Muhariah Binti Untong dan En. Mohd Yusfarizal Bin Che Mohd Yusoff; Penolong Pengarah Kanan Unit Kurikulum  Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan.

Semoga semua peserta dapat mempraktikkan kemahiran aplikasi teknologi yang dipelajari dalam pengajaran & pembelajaran melalui perkongsian ilmu yang diberikan.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus ini dengan jayanya.

 

TAYANGAN VIDEO KURSUS POL IR 4.0 TAHUN 2021: https://drive.google.com/file/d/1bZhKfAAe8tl7gnkLyJiC0bjBEcoTtNYV/view?usp=sharing

 

Disediakan oleh: Pn. Nurul Asyikin Binti Azhar

Disemak oleh: En. Hardev Singh Sokhal A/L Jaswant Singh

Read 3009 times