Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 11 August 2021 09:05

MAJLIS BACAAN YASSIN SERTA DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

Written by
Rate this item
(0 votes)

9 Ogos 2021(Isnin) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Bharu. Bersempena dengan ketibaan Awal Muharram 1443 Hijrah, Unit Hal Ehwal Islam, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yassin Serta Doa Akhir dan Awal Tahun secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet.

Semua kakitangan dan pelajar IKBN Peretak yang beragama Islam telah menyertai program tersebut bagi meraikan kedatangan tahun baru Islam secara normal baharu.

Majlis dimulai dengan zikir, bacaan doa hindari wabak serta doa akhir tahun dan disusuli dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana. Selepas azan Maghrib berkumandang, majlis diakhiri dengan bacaan doa awal tahun.

Dengan kedatangan tahun baru Islam ini, Unit Hal Ehwal Islam, IKBN Peretak ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah. Moga Allah memberikan kita kesihatan, dijauhi wabak penyakit, dikurniakan rezeki dan ditingkatkan iman, InsyaAllah.

Disediakan oleh : Puan Nur Salmah binti Hanafe

Disunting oleh : Puan Siti Zubaidah binti Abas

Read 3205 times