Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 27 August 2021 11:45

KURSUS SISTEM PENGURUSAN ASET ALIH

Written by
Rate this item
(0 votes)
 
18 Ogos 2021 (Rabu) - Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Sistem Pengurusan Aset Alih pada 17 dan 18 Ogos 2021 secara dalam talian melalui platform google meet yang dihadiri oleh 35 orang pegawai.
 
Kursus ini disampaikan oleh Encik Syed Mahathir bin Syed Ahmad dari Unit Pengurusan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
 
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta berkenaan penggunaan sistem pengurusan aset dan latihan secara hands-on juga telah dilakukan menggunakan sistem pengurusan aset training. Antara modul yang diterangkan adalah Modul Daftar Perolehan Aset, Penerimaan Aset Dan Daftar Aset, Modul Pindahan, Carian Aset Dan Pergerakan Aset, Modul Penempatan Dan Pelupusan Aset, Pelupusan Aset Dan Kehilangan dan Laporan Bahagian Dan Rekod Pembekal.
 
Semoga semua peserta dapat mengaplikasikan penggunaan sistem sepenuhnya sebagai amalan bagi pengurusan aset alih yang baik melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan.
 
Disediakan oleh: Puan Siti Noor Salina Binti Saad
Read 3138 times