Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 30 August 2021 09:22

PERTANDINGAN 'FUN WITH MATHS'

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

 

IKBN Peretak, 27 Ogos 2021 (Jumaat) – Pertandingan 'Fun with Maths' peringkat IKBN Peretak telah dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Umum (JPU) menggunakan platform Zoom.

Seramai 68 orang peserta di kalangan pelajar semester 1, 2, 3 dan 4 dari pelbagai jurusan telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kemahiran matematik serta kepantasan menjawab soalan menggunakan aplikasi Quizizz, Wordwall dan QuizWhizzer. Di samping itu, pertandingan ini dapat memperkenalkan para pelajar kepada pembelajaran berasaskan abad ke-21.

Para peserta juga menerima sijil digital manakala 3 pemenang terbaik bagi setiap kategori akan menerima hadiah. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini dengan jayanya.

Berikut adalah senarai pemenang:

Quizizz

Johan: Juliza bt Junaidi (JPW 4)

N.Johan:Maisarah Hanis bt Hasmadon (JPW 4)

Ketiga: Ayuni Syazana bt Jamal Urus (JPL 1)

 

Teka Silangkata

Johan: Suhana bt Shahdan (JPW 2)

N.Johan: Sayidah Nafisah bt Mohammad Amin (JPW 4)

Ketiga: Wan Nur 'Alyaa' Atirah bt Anuar (PM 3)

 

Snake Game

Johan: Firzanah Husna bt Mohammad Hanafiah (JPW 1)

N.Johan: Zuraidah bt Hosayni (PM 1)

Ketiga: Nurfatihah Adnan (JPW 4)

 

Disediakan oleh : Pn. Gokillavhani A/P Sathiaseelan

Disunting oleh : Pn. Nurul Asyikin Binti Azhar

Read 2371 times