Sasaran program ini adalah kepada semua pelajar IKBN Peretak yang akan memasuki semula ke Institusi pada bulan September 2021 nanti.
Penceramah yang telah dijemput untuk merealisasikan program pada kali ini adalah Dr. Muhammad Muaz bin Shariman Teruna daripada Pusat Kawalan Cegah Covid, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerang dan menjelaskan isu-isu semasa yang berkaitan wabak covid-19 dan vaksinasi. Antara isu yang ditimbulkan adalah seperti jenis varian virus yang merebak, cara-cara pencegahan yang berkesan, jenis-jenis swab test dan kepentingan mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan yang berkesan ketika ini. Selain itu, penceramah juga mengingatkan kepada semua pelajar supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan untuk mengelakkan penularan dan kawalan wabak semasa pelajar-pelajar berada di Institusi nanti.