Print this page

WEBINAR CIAST - VAVE: SENI MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK KELESTARIAN TVET

HULU LANGAT, 1 SEPT 2021 – Webinar CIAST - VAVE: Seni Membuat Keputusan Untuk Kelestarian TVET telah diadakan pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Webinar ini disertai oleh pegawai IKTBN Dusun Tua melalui aplikasi Zoom yang dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi, CIAST. Webinar ini disertai oleh semua pegawai, pengajar dan kakitangan di agensi TVET khususnya yang berminat dengan aktiviti inovasi (pengurusan dan teknikal). Penceramah berpengalaman Dr Muhamad Roslan Bin Muhamad Yusoff, Chief Execution Strategist dari Sustainable Industrial Revolution and Innovation Sdn Bhd berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan Seni Membuat Keputusan Untuk Kelestarian TVET. Perkongsian tersebut fokus kepada cabaran membuat keputusan dalam dunia baru, VAVE (Value Analysis/Value Engineering) sebagai medium pemangkin dalam TVET serta meneroka tindakan berimpak tinggi.

Read 13594 times Last modified on Rabu, 01 September 2021 13:11