Penceramah jemputan pada kali ini adalah Dr. Yasmin binti Yaacob, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan yang lebih mendalam kepada pelajar mengenai konsep Pelaksanaan ARP secara norma baru bagi membangunkan potensi diri dan aktiviti-aktiviti yang boleh pelajar ikuti bagi merealisasikan objektif program ARP.
Selain itu pelajar dapat membina budaya yang berdaya saing, berpotensi tinggi dan berkeyakinan dalam sukarelawan ARPRM.
Semoga melalui perkongsian ilmu ini dapat mencapai hasrat dalam melahirkan pelajar IKBN Peretak yang berbakat dari pelbagai kemahiran mengikut bidang-bidang masing-masing.
Di sediakan oleh : Cik Nor Haizatul binti Sabidi