Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 02 September 2021 14:47

PUBG MOBILE PESERTA TAHAP EMAS ARPRM IKTBN BACHOK 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

BACHOK, 02 September 2021– Peserta  Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda IKTBN Bachok bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok telah mengadakan Pertandingan PUBG Mobile Peserta Tahap Emas ARPRM IKTBN Bachok pada 27 Ogos 2021 bermula jam 10.00 pagi. Pertandingan eSukan yang pertama kali diadakan ini mendapat sokongan kuat dari Pengurusan Tertinggi IKTBN Bachok yang berpendapat program sebegini amat baik untuk dilaksanakan secara berkala dan sewaktu pandemik yang berlaku ini yang telah menyebabkan masyarakat tidak dapat keluar untuk bersukan.

Ketua Peserta tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda , Saudara Mohd Farhan Bin Ahmad yang merupakan pelajar dari Kursus Penyelenggaraan Jentera Berat (P34) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi IKTBN Bachok atas sokongan padu, dan juga peserta tahap Emas ARPRM yang turut terlibat memberikan sokongan teknikal dan perkongsian pengalaman yang menarik.

"Tidak dilupakan syabas kepada pengulas rasmi pertandingan  yang Mohd Taufiq Bin Hanafi Pelajar dari  Kursus Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggeraan Kereta) (PKE P33) yang memberikan ulasan dan nasihat yang berkualiti sepanjang perlawanan berlangsung sehingga ke lewat pagi," jelasnya.Sebanyak 12 pasukan yang terdiri daripada pelbagai latar warga pelajar IKTBN Bachok telah berentap dengan penuh aksi dan kemahiran yang menarik sepanjang pertandingan.Mereka terdiri daripada pasukan PKE ESPORT 37, URL LEGEND, ANGRY BIRD ESPORT, 2X2 COMBINATION, 4NOOB, PJB COLUMBIA, GG!!, LEPOHCARRR, PJB P35, PPHD JUNIOR , SKEPO ESPORT, dan NFRIENDN ESPORT.Pasukan PKE Esport 37 menjuarai Pertandingan PUBG Mobile Peserta Tahap Emas ARPRM IKTBN Bachok pada kali ini dengan mengumpul 80 mata keseluruhan, diikuti oleh pasukan URL LEGEND, ANGRY BIRD ESPORT yang mana semua pasukan berentap dalam lima perlawanan dalam 3 peta popular (Erangel, Miramar dan Sanhok).

 

Disediakan oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 791 times