Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 03 September 2021 12:57

PROGRAM CITRA IBADAH – CINTAI SOLAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

3 September 2021 – Jumaat, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Kuala Kubu Bharu : Program Citra Ibadah – Cintai Solat telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet dan Facebook live.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta tujuan menunaikan solat, memperbetulkan bacaan Al-Fatihah, memperbetulkan pergerakan praktikal solat sebagaimana solat nabi dan mendidik diri supaya bertanggungjawab dalam mengerjakan solat.

Dr. Zaid Muhammad bin Mohd Rais dari Pusat Pengajian Al-Quran Sistem Individu (PUPAQSI) dan Imam Muda Mohd Hassan Adli bin Yahaya @ Yahuza dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia merupakan penceramah jemputan yang dijemput khas untuk berkongsi ilmu dengan peserta.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini, iaitu pada 2-3 September 2021 (Khamis – Jumaat) telah disertai seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pelajar semester 1 2/2020. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah ceramah, pembentangan slide serta penerangan daripada penceramah dan diakhiri dengan kuiz online.

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program.

Read 986 times