Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 06 September 2021 13:31

PELAKSANAAN KURSUS ATAS TALIAN BAHAGIAN LUKISAN SENIBINA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Kuala Perlis,Perlis- 02 Sept,2021 ,IKBN Kuala Perlis telah bersama dengan pihak industri secara virtual untuk pelaksanaan kursus secara percuma atas talian. Jabatan Teknologi Awam telah melakar satu lagi sejarah baharu terutamanya di Bahagian Lukisan Seni Bina dalam suasana Pendamik Covid-19 ini.

Kursus atas talian bertajuk "Pelan Kebenaran Merancang Projek Pembangunan dan Cabarannya" yang dijayakan bersama dengan penceramah jemputan,En. Mohd Salahuddin bin Hj. Mohd Anor iaitu pengurus Syarikat DIMY Wira Enterprise.Beliau adalah Pengurus Syarikat DIMY Wira Enterprise. Beliau mendapat pendidikan di peringkat diploma daripada Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang Pembinaan, Seni Bina (Arkitek), Perancangan Pembangunan Bandar & Desa, Rekabentuk Pelan Bangunan & Perumahan dan Grafik 3 Dimensi (3D). Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas, beliau telah berkongsi ilmu mengenai "Pelan Kebenaran Merancang Projek Pembangunan dan Cabarannya" kepada semua terutamanya untuk menaikkan semangat belajar kepada warga pelajar IKBN Kuala Perlis,Perlis dan ilmu yang bermanfaat untuk semua

Read 803 times