Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 14 September 2021 09:18

LAWATAN YB EXCO NGO, BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA KE IKTBN ALOR GAJAH

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Masjid Tanah, Melaka, 9 September 2021-Satu lawatan kerja telah diadakan oleh YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, Exco NGO, Kementerian Belia dan Sukan Melaka ke IKTBN Alor Gajah. Lawatan ini juga turut melibatkan Pegawai Tugas Khas YB Menteri Belia dan Sukan Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor, wakil daripada BPKB Dr Azli Amin bin Ahmad Raus dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Melaka, Ir. Mohd Azlan bin Othman, Pn Nurul Farhana binti Nasri dan beberapa pegawai yang lain. Lawatan tapak projek turut diadakan di bangunan Hospitaliti, premis Inkubator, perjumpaan bersama pelajar dan kakitangan serta tapak tanaman cili fertigasi Kebuniti.

 

Pihak IKTBNAG mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pegawai yang terlibat dalam menjayakan lawatan YB Exco Belia dan Sukan Melaka hari ini. 

 

 

 

Gambar Menunjukkan Antara Pegawai yang Terlibat , YB Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (EXCO NGO, Pembangunan Belia dan Sukan) dan Wakil Dari JKR)

 

 

 Disediakan oleh: J/K Portal IKTBN Alor Gajah

 

Read 567 times Last modified on Selasa, 14 September 2021 09:44