Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 14 September 2021 10:25

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN BAGI SESI 2/2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

9 September 2021 (Khamis), IKBN Peretak telah menganjurkan Minggu Keselamatan dan Kesihatan bagi Sesi 2/2021 yang melibatkan seramai 80 peserta temasuk pelajar dan pegawai IKBN Peretak. Kursus ini berlangsung secara dalam talian zoom selama 2 hari iaitu pada 8-9 Speptember 2021 dan telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Bomba Kuala Kubu, AADK, JKKP, PDRM dan PKD Hulu Selangor. Kursus ini juga membawa pelbagai topik berkaitan bidang seperti "Gejala sosial dalam konteks remaja hari ini', Pengenalan EKSA, Teknik Melawan Kebakaran, CPR dan Pengurusan Emosi & Stress.

 

Objektif Program ialah bagi memenuhi kriteria pembelajaran modul keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada pelajar baru kemasukan Sesi 2/2021 dan dijadikan sebagai panduan dan amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut.

 

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program.

Read 865 times