Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 21 September 2021 17:26

KURSUS ATAS TALIAN APLIKASI WORDWALL

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

IKBN Peretak, 15 September 2021 – Jabatan Pengajian Umum telah mengadakan Kursus Atas Talian menggunakan aplikasi Wordwall. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 32 orang tenaga pengajar ILKBS di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Sesi perkongsian ilmu aplikasi Wordwall ini telah dibimbing oleh Puan Nurul Asyikin Binti Azhar, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG44.

 

Matlamat utama pelaksanaan kursus Wordwall adalah untuk memperkenalkan aplikasi pembelajaran secara atas talian kepada semua tenaga pengajar di ILKBS untuk diterapkan di dalam proses pengajaran pada era pandemik ini. Aplikasi ini sangat membantu pengajar dalam menghasilkan aktiviti atau sumber pengajaran yang lebih efisien dan pantas. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan berbentuk teka silang kata, roda rawak, carian perkataan dan sebagainya.

 

Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari serta dapat disampaikan kepada tenaga pengajar yang lain untuk digunapakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran nanti. 

 

Disediakan oleh: Rohaya Binti Mamat

Read 941 times