Print this page
Selasa, 21 September 2021 17:36

DISKUSI KESEJAHTERAAN PELAJAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, 15 September 2021 – Program anjuran Cawangan Pengurusan Pelajar yang diberi nama Diskusi Kesejahteraan Pelajar ini dijalankan bagi membincangkan isu berkaitan aspek psikologikal pelajar semasa norma baharu.

 

Program yang berjalan selama tiga jam ini mengandungi dua slot. Slot pertama adalah bertajuk “Pengurusan Emosi dan Tekanan Dalam Norma Baharu” di mana slot ini disampaikan oleh Dr. Siti Marziah Binti Zakaria yang merupakan pensyarah psikologi perkembangan UKM. Antara perkara yang disentuh adalah berkaitan tips-tips menguruskan emosi dan tekanan dalam kehidupan pelajar agar gejala lesu upaya (Burnout) dapat dielakkan. Slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Muhammad Ajib bin Abdul Razak dengan tajuk “Motivasi Belajar Penyuluh Haluan Kerjaya” telah membincangkan berkaitan cara-cara untuk kekal bermotivasi dan realiti haluan kerjaya kini.

 

Diharapkan dengan adanya program sebegini, para pelajar IKBN Peretak dapat mempelajari kepentingan penjagaan kesejahteraan.

 

Read 1003 times Last modified on Selasa, 21 September 2021 17:39