Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 21 September 2021 17:39

PROJEK MYFUTURE AGRO@ILKBS

Written by
Rate this item
(0 votes)

16 September 2021 - Kuala Kubu Bharu. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah melaksanakan kerja-kerja awal menanda kawasan bagi Projek Myfuture Agro@ILKBS.

 

Tanaman yang akan diusahakan adalah dari jenis serai (zingiber officinale), halia (cymbopogon citratus) dan pokok kantan (etlingera elatior). Tapak projek ini terletak di kawasan berhampiran asrama wanita dan tangki air.

 

Seawal jam 8.00 pagi, seramai 47 orang pelajar dan 5 orang pegawai HEP telah turun bagi memulakan projek menanda kawasan dan menanam pokok serai sebanyak 30 rumpun,  pokok kantan sebanyak 9 pokok dan pokok halia sebanyak 19 pokok.

 

Projek ini akan diteruskan lagi apabila benih-benih anak pokok yang akan diterima secara berperingkat-peringkat. Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini, para pelajar dapat berbakti kepada tanah walaupun kawasan yang ada sangat terhad.

Read 824 times