Pelajar telah membersihkan kawasan di dalam dan luar rumah kayak dengan menggunakan pelbagai peralatan seperti penyapu, pencakar dan lain-lain lagi.
Selain itu peserta turut menyusun semula kayak tersebut bagi menyesuaikan dengan keluasan rumah kayak untuk memudahkan pergerakan keluar masuk kayak apabila digunakan nanti.
Semasa proses membersih kayak, Encik Shahdan bin Zainal telah menerangkan serba sedikit berkaitan dengan kayak dan fungsi kayak bagi memberi kefahaman kepada pelajar di masa hadapan.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar merancang akan mengadakan kursus Asas Kayak dan Rescue pada masa akan datang. Diharapkan pelajar yang terlibat dapat menjadi sukarelawan yang pelbagai kemahiran melalui komponen khidmat masyarakat bagi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.