Ceramah yang di sampaikan selama 2 jam itu memberi maklumat berkaitan kesan kehamilan di usia remaja, pentingnya menjaga pergaulan semasa usia remaja dan cara menangani apabila terlibat dalam kehamilan di usia remaja.
Pendedahan berkaitan dengan ceramah kehamilan ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar yang ketika ini sedang menjalani kurantin kendiri di asrama dan pelajar baru yang sedang berada di rumah masing-masing. Penglibatan semua pelajar adalah seramai 377 orang. Manakala pada sebelah petang pula diadakan aktiviti senamrobik secara hybrid yang diketuai oleh Encik Muhammad Firdaus bin Rumli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) secara dalam talian melalui platform google meet dan juga melalui rakaman video.
Dengan pelaksanaan program ini, walaupun negara kita masih lagi dalam keadaan wabak virus Covid-19, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.