Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 05 October 2021 17:17

GRAND FINALE WASTE IS AMAZING PAPER COUTURE BAGI TAHUN 2021

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

25 September 2021 - bertempat di Jabatan Tekstil IKBN Peretak berlangsungnya Grand Finale Waste Is Amazing Paper Couture bagi Tahun 2021 anjuran Alamflora Sdn Bhd. Pertandingan telah dijalankan secara dalam talian di platform FB Page Alamflora Sdn. Bhd dan di rasmikan oleh YBhg. Dato' Mohd Zain Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Alamflora Sdn. Bhd. Panel Juri Jemputan terdiri daripada Sissy Iman, Penyanyi, Pelakon dan Pengacara, Hatta Dolmat, Pereka Fesyen Malaysia dan Suriati Mohammad Mokhtar, Ketua Komunikasi & Penjenamaan Alam Flora Sdn. Bhd. Sebanyak 83 penyertaan hasil rekaan telah di terima oleh Alamflora sdn bhd tetapi hanya 20 penyertaan telah di senarai pendek untuk ke peringkat akhir.

 

Berinspirasikan 17th Century, Puan Norfarizan Binti Jawahir daripada Jabatan Tekstil telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan Waste Is Amazing bagi Tahun 2021 yang bertemakan Paper Couture. Johan Pertandingan telah membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM1000.00, Hadiah Eksklusif, 10,000.00 Mata Ganjaran Petronas Mesra dan Sijil Penyertaan. Turut membantu dan menggayakan rekaan adalah Nur Farah Hannani Binti Hishamud-din, Pn. Zainab Binti Majid dan beberapa orang pelajar daripada Semester 4, Bidang Jahitan Pakaian Wanita.

 

Semoga dengan penglibatan ini dapat memberikan pendedahan kepada para pengajar dan pelajar untuk menghasilkan rekaan-rekaan yang kreatif dan berinovasi seterusnya dapat memupuk minat lebih ramai pengajar serta pelajar untuk menyertai pertandingan seumpama ini pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh :Puan Norfarizan Binti Jawahir

Read 1234 times