Matlamat utama pelaksanaan kursus Liveworksheets ini adalah untuk meningkatkan daya kreativiti pengajar di samping mencipta bahan bantu mengajar dengan mudah dan pantas dalam bentuk digital. Hal ini dapat memperbaiki kaedah pembelajaran tradisional kepada pembelajaran moden dan secara tidak langsung berjaya meningkatkan minat pelajar dalam proses pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian juga berlangsung dengan lebih efisyen dan sistematik melalui kaedah pemarkahan yang dijana secara automatik.
Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari kepada tenaga pengajar yang lain untuk diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus menuju ke arah Pengajaran dan Pembelajaran bermotifkan abad ke 21.
Disediakan oleh: Pn. Gokillavhani A/P Sathiaseelan
Disunting oleh: Pn. Rohaya Binti Mamat