Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 October 2021 17:18

PROGRAM STAR @ U : MYFUTURE YOUTH PLUS 2021-KURSUS PEMBUATAN POLA BAJU MELAYU MODEN CEKAK MUSANG SECARA DALAM TALIAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Peretak, 01 Oktober 2021 - Bahagian Jahitan Pakaian Lelaki, Jabatan Tekstil, IKBN Peretak telah mengadakan Kursus Pembuatan Pola Baju Melayu Moden Cekak Musang dalam talian menggunakan aplikasi zoom bermula pada 27 September sehingga 01 Oktober 2021. Kursus ini melibatkan seramai 16 orang peserta bersama pengajar jemputan iaitu Encik Nik Ismail bin Nik Rashiddi daripada Nik Ismail Tailor merupakan Alumni IKBN Peretak.

 

Objektif program adalah untuk membantu belia B40, M40 serta belia yang aktif mencari pekerjaan terutama dalam bidang perniagaan.

 

Para peserta mempelajari lakaran pola bahagian hadapan, bahagian belakang, lengan, kolar, seluar, poket, dan sebagainya. Disamping itu, peserta juga dapat melihat demostrasi jahitan bahagian atas baju melayu(top) termasuklah jahitan poket, dan kolar cekak musang.

 

Seterusnya, pengajar sempat menunjukkan teknik jahitan lain seperti welt pocket, poket satu bibir dan poket dua bibir.

Sesi penutupan kursus pada hari terahir program telah disempurnakan oleh Puan Normahsyuri Binti Md Shariff, Pengarah IKBN Peretak dan dilaksanakan secara atas talian serta turut dihadiri oleh Pegawai Bahagian Pengurusan Latihan dan Cawangan Hubungan Industri IKBN Peretak.

 

Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan.

Read 1096 times