Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 12 October 2021 13:16

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKBN PERETAK TAHUN 2021 - EKSPLORASI DAN KONSERVASI ALAM BUKIT BATU PAHAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

 10 Oktober 2021 (Ahad) Kuala Kubu Bharu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan program Konservasi dan Eksplorasi Alam - Bukit Batu Pahat Sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN) tahun 2021, program ini telah diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan pegawai dan pelajar.

 

Pelajar jurusan Jahitan Pakaian Wanita semester 4 dan Penyediaan Roti  semester 3 seramai 40 dan pegawai seramai 10  orang telah berjaya sampai pendakian ke puncak bukit dengan jayanya.

 

Program pendakian  bermula di Bukit Batu Belah yang mencabar dan turun menggunakan laluan di belakang IKBN, laluan Bukit Batu Pahat. Program telah bermula pada jam 7.00 pagi berakhir pada jam 2.00 petang ini telah memberikan pengalaman kepada semua peserta kepentingan menjaga alam yang semakin terancam.

 

Objektif program ini adalah sebagai memeriahkan sambutan HSN 2021 yang dilaksankan seluruh negara. Selain itu, melalui program ini dapat melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan cergas disamping para pelajar juga dapat melengkapkan modul Anugerah Remaja Perdana (ARPM).

 

Semoga dengan aktiviti penjelajahan lasak ini dapat memberi manfaat kepada pihak yang terlibat dari segi kesihatan, kecergasan dan silaturahim.

 

Disediakan Oleh :

Cik Nor Haizatul Binti Sabidi

Read 1136 times