Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 21 September 2021 17:46

KURSUS QRCODE2021 SECARA ONLINE IKBN SERI ISKANDAR PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 20 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)- Jabatan Teknologi Rangkaian dan Multimedia (JTRM) khasnya Bahagian Rangkaian Komputer IKBN SERI ISKANDAR PERAK (IKBNSIP) telah menganjurkan Kursus QRcode2021 pada 17 September 2021 yang terbuka kepada warga KBS dan pelajar. Seramai 72 orang peserta telah terlibat dengan kursus berkenaan.

Peserta didedahkan secara 'teori dan amali' untuk mengarap ilmu serta kemahiran asas dalam menjana dokumen dengan menggunakan platform QRCode generator dari laman sesawang. Kursus ini juga mengajar bagaimana pengguna berfikiran kreatif dalam menggunakan QRCode dalam urusan pengajaran dan pembelajaran, organisasi serta perniagaan. Kursus berkenaan telah diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet bagi memberi pendedahan berkenaan pelaksanaan kepada semua peserta.

Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Puan Nur Ishah binti Ishak yang merupakan tenaga pengajar bahagian Rangkaian Komputer di Jabatan Teknologi Rangkaian dan Multimedia (JTRM) IKBN Seri Iskandar.

Read 822 times