Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 September 2021 17:49

KURSUS SMARTPHONE PHOTOGRAPHY

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 19 SEPTEMBER 2021 - Telah diadakan Kursus Smartphone Photography pada 17 hingga 19 September 2021 bagi program Star@U secara dalam talian melalui platform ‘Google Meet’ anjuran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak bersama Kementerian Belia dan Sukan. Kursus ini dihadiri oleh 10 orang belia luar dari pelbagai negeri.

Objektif kursus ini adalah untuk memberi peluang latihan kemahiran kepada belia-belia berisiko termasuk yang telah diberhentikan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak COVID-19 bagi membolehkan mereka berdikari dan memperbaiki taraf hidup khususnya dalam bidang “Smartphone Photography”.Kursus  ini telah disampaikan oleh pengajar Multimedia Pengarangan iaitu  En.Syed Mohathir bin Syed Adam dan En.Mohd Shamsul Anuar bin Moh Suaid manakala Pn.Adiniah binti Muhamad Radzai sebagai urus setia. Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar iaitu En. Md. Isa bin Ibrahim.

Read 895 times