Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 30 September 2021 17:55

TAKLIMAT GO GREEN – KE ARAH BUMI HIJAU TANPA BEG PLASTIK DAN POLISTERIN

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN SERI ISKANDAR, 29 SEPTEMBER 2021 (RABU)- Jawatankuasa Latihan EKSA IKBN Seri Iskandar (IKBNSI) telah menganjurkan  Taklimat Go Green – Ke Arah Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik dan Polisterin dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam secara dalam talian menggunakan aplikasi Google Meet bagi memberi  kesedaran serta peringatan kepada warga IKBNSI untuk menjaga dan memupuk semangat cintakan alam sekitar.  

Taklimat tersebut juga secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada semua warga IKBNSI bagi membudayakan EKSA untuk menjadikan IKBNSI sebagai sebuah kampus yang lestari dan kondusif.

Pihak jawatankuasa serta pihak pengurusan IKBN mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan kepada penceramah jemputan iaitu, En. Mohd Farhan bin Abd Munir daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat di Seksyen Pembudayaan Amalan 3R, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp) di atas perkongsian taklimat yang menarik oleh beliau pada hari ini.

Read 891 times