Kejohanan ini bermula pada pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 2.00 petang. Konsep pertandingan adalah kalah mati dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dikalangan warga IKBN Peretak. Objektif kejohanan ini adalah untuk mengasahkan bakat dikalangan peserta dalam sukan elektronik serta mengisi masa lapang pelajar di IKBN Peretak.
Semoga dengan kejohanan ini dapat mengubah prespektif masyarakat terhadap pembangunan sukan ini yang dilihat mampu memberi pengalaman dan perkembangan bakat kepada peserta.
Disediakan Oleh :
Nor Haizatul Binti Sabidi