Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 09 November 2021 15:17

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PELAJAR IKBN PERETAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

17 Oktober 2021 (Ahad) | Kuala Kubu Bharu : Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar IKBN Peretak bermula dari 15 hingga 17 Oktober 2021. Program ini telah diselaraskan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) melibatkan penyertaan pelajar dan pegawai seramai 30 orang.

 

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membimbing serta mendidik pelajar atau pemimpin melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan bersistematik dengan panduan dari pengajar atau pegawai Institut.

 

Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta telah mempelajari modul-modul seperti Kepimpinan Pemimpin & Pengikut, Visi Komunikasi, Penulisan Dokumentasi dan Simulasi Mesyuarat yang telah di sampaikan oleh En. Azizi bin Yahaman sebagai penceramah jemputan dari Kementerian Belia dan Sukan. Manakala untuk Modul Pengurusan Kewangan pula telah disampaikan oleh En. Shahdan bin Zainal, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Peretak.

 

Untuk melengkapi apa yang di pelajari sepanjang kursus, peserta di beri tugasan terakhir iaitu Cabaran Berpasukan (Explorace) mengikut modul yang telah dipelajari, di mana peserta di kehendaki menyelesaikan tugasan dan aktiviti yang diberikan sehingga selesai.

 

Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar IKBN Peretak ini telah di sempurnakan oleh En. Shahdan bin Zainal pada jam 1.30 petang. Semoga dengan adanya kursus Kepimpinan ini, ahli Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Peretak atau pemimpin-pemimpin khususnyan dapat melaksanakan aktiviti dan amanah yang diberikan dengan baik pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh : Pn. Azini binti Ismail

Disunting oleh: En. Shahdan bin Zainal

Read 1607 times