Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 09 November 2021 15:19

KOMPONEN KHIDMAT MASYARAKAT TAHAP GANGSA DI SUNGAI SEMANGKO DAN SUNGAI CHILING

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

Sungai Chiling | 30 Oktober 2021 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menjalankan satu program khidmat masyarakat dengan bertemakan "Buanglah Sampah Pada Tempatnya” dan membersih kawasan Sungai Semangko dan Sungai Chiling (bawah jambatan) di Daerah Hulu Selangor.

 

Pada awal gerak kerja, pelajar telah diberi penerangan cara mengutip sampah, mengumpul sampah dan membuang sampah di tempat yang sediakan. Kerja-kerja mengutip sampah dan membersihkan kawasan sungai iaitu di Sungai Semangko dan Sungai Chiling (bawah jambatan) telah disertai seramai 50 orang pelajar Jurusan Jahitan Pakaian Wanita dan Penyediaan Makanan Semester Satu (1) serta 10 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar.

 

Program ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang menyediakan tong sampah roro bagi mengangkut sampah yang di tinggalkan oleh para pengunjung semasa aktiviti berkelah.

 

Komponen Khidmat Masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta bertujuan untuk memupuk sifat sayangi sungai di kalangan pelajar-pelajar IKBN Peretak dengan mengambil tema “Pemulihan Ekosistem” sempena Hari Alam Sekitar yang di sambut setiap tahun. Melalui khidmat masyarakat ini, pelajar dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan. Selain itu, ia juga dapat membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain dan mewujudkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan dan melestari alam.

 

Di akhir program ini, para peserta dan pegawai turut membuat edaran flyers bagi tujuan promosi kemasukan ke IKBN dan menekankan program khidmat masyarakat ini mengajar pelajar untuk bersama-sama dalam menjaga alam sekitar terutamanya sungai.

 

Program ini memberi manfaat kepada pengunjung Sungai Chiling dan Sungai Semangko dalam menambahkan ilmu untuk melestarikan alam sekitar.

 

Disediakan oleh : Puan Azini bt Ismail

Disunting oleh : Encik Shahdan bin Zainal

Read 818 times