Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Syed Mahathir bin Syed Ahmad selaku penceramah dari Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Kursus ini juga telah dihadiri oleh 24 orang pegawai yang terdiri daripada Pegawai Stor, Pelulus Stor, Pegawai Verifikasi Stor dan Pegawai Aset .
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman peserta berkenaan penggunaan sistem pengurusan stor yang betul , memastikan setiap daftar rekod lengkap dan tepat dengan mengaplikasikan aspek penting selaras dengan 1PP.
Semoga semua peserta dapat mengaplikasikan amalan sistem pengurusan stor sepenuhnya melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan.
Disediakan Oleh :
Puan Siti Noor Salina Binti Saad